Tuesday, November 19, 2013

Hari ini aku graduate

Alhmdulillah, hari ni tanggal 18 Nov aku menerima scroll ijzah dr uiam.. Terlihat wajh kgmbiraab ibuku mnyaksikannya.. Trm ksih cik kerana mendidik anak bongsumu ini walaupun ku tahu diriku ini seorang yang sukar dibentuk tetapi kesabaranmu itu menjadikan diriku sekarang...

Terlihat juga wajah keriangan sahabat2 perjuangan yg sama2 menempuh dunia mekatroniks ini.. Tahniah kepada korang semua..

Akan tetapi jauh di sudut hatiku, aku merasakan tidak seronok dengan majlis convo ini.. Kerana aku tak mampu nak meletakkan ibu dan ayahku di kerusi barisan depan iaitu barisan ibu bapa yg anaknya mendapatkan keputusan yang cemerlang.. Kalau dulu di sekolah menengah, aku mampu menjadikan ibuku orang yang paling gembira kerana mempunyai anak yang selalu mendapat pelajar terbaik dalam tingkatannya bagi peperiksaan tahunan samada matapelajaran arab mahupun akademik.. Tetapi sekarang, aku bertekad untuk mengembalikan semua itu ketika convo master, phd dan seterusnya.. Tetapi bukan cukup disitu sahaja, akan aku pastikan emak dan ayahku mendapat layanan istimewa oleh Allah SWT di akhirat kelak kerana mempunyai anak sepertiku ini. Moga Allah memakbulkan doaku ini..

No comments:

Post a Comment